Friday, March 4, 2011

23

Nak ganti die nie mein utk Newcastle Utd.. Huhu..


Syukur Alhamdulillah pada Mu Ya Rabbi, dah selama 23 tahun Kau berikan segala nikmat di dunia serta segala ujian untuk jadikan hamba Mu ini seorang yang berjaya. Masih jauh lagi padahalnya.. Terima kasih juga buat mereka-mereka yang menjadi sebahagian dari hidup aku selama 23 tahun terutama ibu, bapa, kakak-kakakku, adik-adikku, rakan-rakan serta saudaramaraku.. Moga kalian mendapat rahmat dan diberkati oleh Ya Rahman selalu.. Takde belanja2 mewah dapat aku beri buat kalian menyantap dihari itu.. Sebab tak berapa nak kayo.. Huhuhu.. Tunggu lh bila dompet aku dah penuh.. Ada rezeki korang bolehlah menumpang rezeki aku sikit.. InsyaAllah..

Buat mereka yang terasa dengan post fb kawe yg mecarut kepedasan.. Janganlah terasa mendenya, sebab post tu dibuat sebab sengaja nak kepoh2.. Hahahahahahahaha ( gelak pling jahat). Walaupun sebenarnya sedikit terkilan, sebab tak kabor awal2 kalu tak dapat turun.. Boleh guwa pikir another way.. Hehe.. Anyway, Selamat korang dengan segala kerja yang korang buat.. Doa yg baik2 untuk aku sudah lah.. 'Ingat daku dlm doa mu'.. Hehehe..

Thursday, February 24, 2011

Kehidupan yg memelikkan jiwa ~ minggu x dpt nk tgk score gol live kt tv

Adehhhh.. ari Harimau Malaya vs Pak; trun lewatnya pasal tengok2 dah score, pastu singgah Mydin sebelum pegi makan terlepas 2nd gol.. Pagi tu turun nak layan Real Madrid.. Alkesah, hampeh tv tengok orang.. Terus terbang x dpt tengok 2 gol game tu.. Kendian ari, semangat tido awal hajat nk layan MAN U lawan... Perggghhh buleh bangun lah kan.. At last, podaaaahhh.. O-O... Gol natam apa pun x leh tengko.. Besok ari nak layan Liv, orait babeh... Layan tido kat depan tv pun sedap setelah tengok 1st half yg x muncul2 gol... Then, balik layan beger, rumate guwa Syawal belikan..Last2 gol gak.. tu pun xde rezeki nak nampak secara live kat tv sebab duk sedap layan beger.. Tunggu jap nak layan ManC, pun... Harammmmm.. dah gol awal, tengok diorang gelente bola ja sebab g tengok lewat... Gol??? puittt, g tengok highlights je lah... Last pagi tadi balik bilik kasi tido.. Indahnya dapat tido waktu malam yg sejuk.

Tuesday, November 16, 2010

~ Update ~

Salam semua,

Blog yang tidak diupdate.. Huhu.. Semakin malas untuk mengupdate.. Tapiiiii...... Ni pn update jgakkk, menjadikan ia sebagai kadang2 diupdate..

Happy suma !!!!

Sunday, August 30, 2009

Puasa,Merdeka & Nasib


Salam Harmonis Untuk 1Malaysia...

Pemula kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Puasa Hari Ke-9. Selalunya yang kita telinga dah dengar adalah Selamat Menyambut Puasa je kan tapi aku taip special untuk korang(…haha…). Hari ini adalah 30hb Ogos dan kita lebih seminggu sudah menjalankan ibadah puasa yang menjadi kewajipan untuk suma umat Islam samada benar2 menjalankan ibadah ini atau sekadar ingin menumpang keagungan Islam. Maknanya adakah ada yang berpura2 puasa padahal hakikatnya memang kaki ponteng selalu mengalahkan orang yang uzur dan sebab2 tertentu yang menyebabkan individu terbabit tidak dibenarkan berpuasa. Itu hanya urusan dia dan Maha Pelaksana kerna bukanlah urusan aku untuk menghukumi tetapi lebih kepada menegur diri aku dan kalian.

“Yaaa… biarkanlah aku dengan urusanku..”. Adakah ini telah anda fikirkan semasak2nya atau sekadar melayurnya sahaja agar boleh dikirakan berfikir juga.Terpulanglah kerna anda adalah hamba yang Merdeka. Tiada lagi penindasan ketara walaupun wujudnya penindasan minor yang yang kadang kita tidak dapat kenali dan amati. Adakah jiwa kita benar Merdeka??? Adakah dengan membiarkan kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan meninggalkan apa yang lumrah sebagai seorang yang merdeka iaitu tanpa berpuasa akan menyebabkan kita merdeka. Perkara ini telah saya dengari oleh individu2 tertentu dan juga bertanya kepada saya sendiri adakah ada mereka yang akan tidak berpuasa semata ingin menyambut Hari Kemerdekaan yang mereka istiharkan diri merdeka.Yang pasti bulan rahmat ini harus dihormati dengan kesederhanaan menyambut Hari Kemerdekaan yang diberikan oleh Tuhan. Maka esok genaplah sudah tahun Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52. Maka 1 Malaysia akan meraikan pada detik lalu iaitu 31 Ogos 1957 dimana pengisytiharan kemerdekaan dibuat dan 1 Malaysia dengan rasa penuh kesyukuran yang tidak dapat dirasai oleh aku, kamu serta kalian anak merdeka kerna nikmat kemerdekaan yang telah diberikan kepada mereka yang berjuang samada secara langsung atau tak langsung sangatlah susah digambarkan dan dihayati kita sekarang. Agar kemerdekaan ini dapat disinambungkan kepada waris akan datang maka 1Malaysia dibangunkan. Bukan hendak menyokong 100% langkah kerajaan tapi mengambil positif usaha kerajaan untuk menyatukan Malaysia walaupun mereka ini sebenarnya sedang bertempur( politiknya hal gua malas nak campur). Merdeka adalah berbeza pada setiap manusia selagi dia mengekalkan keharmonian Negaranya.

Inilah nasib kita… adakah perlu kita biarkan perkara yang sama berulang lagi seperti mana sudah ramai cendiakawan dan pemikir bijak di Malaysia berulang2 kali mengeluarkan nasihat yang sama. Adakah nasib akan terus membawa kita kepada kejayaan atau kekalahan seperti perlawanan Manchester United versus Arsenal yang dinyatakan bahawa kemenangan MU adalah atas dasar nasib yang menyaksikan kegoyahan mental sehingga Diaby menyumbatkan gol sendiri yang cantik hasil hantaran jauh sepakan percuma Ryan Giggs ( Kuda Tua yang membantu). Tetapi korupsi, penindasan minda, serta budaya negatif yang berselindung masih berlaku kepada seangkatan dengan aku walaupun dah berkali ditembak ditelinga mengatakan ini adalah salah dan tak bermoral. Tapi apakan daya sudah ditembak sebelah maka lubangnya sampai kesebelah maka apakah mereka ini akan terus mendengar bahawa mereka adalah pemegang tampuk pemerintahan, khalifah dimuka bumi, mereka ini adalah penggoncang dunia; yang persoalannya cara menggoncangnya, adakah dengan perkara positif atau cara negatif. Oleh itu wujudnya kuda tua berkaitan membantu dalam menangani kesulitan ini.

Pasukan MU meraikan jaringan sendiri oleh pemain Arsenal, Diaby.

Maka kita adalah seperti apa yang kita mahukan, janganlah kita meletakan nasib kita kepada perkara yang membawa kehancuran. Bawalah penghayatan Ramadhan, dan Kemerdekaan dengan nilai murni yang kita ingin letakkan dihati kita dengan penuh pemahaman yang kejayaan kita datang dengan susah payah seperti nenek moyang kita menumpahkan darah agar kemerdekaan dapat terus dicapai sehingga masa depan. Seperti susahnya kita menahan lapar dan dahaga hanya semata2 menghiburkan Maha Pemurah, maka bakal diberikan sesuatu hari yang amat istimewa kelak… InsyaAllah.

p/s : Maaf buat sesaper yang menunggu artikel di blog nie…

huhu…

Thursday, August 6, 2009

Tok Janggut Mengganas di USMKK


Persembahan Teater Tok Janggut
Karya & Arahan oleh Senibayan
Teraju Utama oleh Khalid Salleh
Bertempat di Dewan Nurani USM Kubang Kerian
Pada 8 - 9 Ogos 2009
Jam 8.45 malam
Masuk Percuma