Monday, August 3, 2009

Salam Perkenalan Buat Rakyat Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hhmmm... Dah pikir punya pikir akhirnya aku buat kepututsan untuk aku buat blog nie jugak. Sebenarnya banyak benda yang mendorong aku nak buat blog camni, antaranya tengok kemajuan dunia internat sekarang yang banyak menggunakan blog atau banyak lagi medium yang muncul untuk manusia cam aku untuk mengeluarkan buah fikiran mereka..,


Tengok, ayat fikir kuar lagi. Mungkin sesetengah pihak samada individu atau organisasi tengok dari aktiti memikir nie adalah perkara biasa yang dijalani oleh suma manusia. Tapi pada pendapat aku kegiatan otak yang tak berhenti memikir ini menyebabkan banyak idea - idea samada idea kosong atau idea bernas telah timbul dan menempak kat suma perkara kat dunia nie...

Oleh itu maka terciptalah pelbagai perkara aneh, pelik dan mungkin mustahil untuk seseorang manusia itu untuk menerima dengan hati terbuka dan ada juga yang menempelak ( whooaa... jangan ingat aktiviti menempelak ini tak bagus tau, bahkan ianya baik untuk kemajuan tapi jangan melampau sangat hingga ada kecoh-kecoh ). Pelbagai kita dah perhatikan samada sesuatu idea yang terhasil itu memberi kesan positif atau tidak kepada kita. Semua itu terhasil akibat akal fikiran manusia yang sentiasa berfikir.

Oleh yang sedemikian aku dah pikir akan masak2 untuk memilih tajuk nie sebagai tajuk blog aku yang baru nak mula tumbuh, bukan setahun jagung lagi. Besesuaian dengan aku yang banyak memikirkan sesuatu yang kadang2 aku rasa tak pernah aku mendapat idea yang bernas pun. ( Hahaha....). Tak salah untuk terus berfikir asalkan perkara yang difikirkan itu tak kuar dari batasan sesuatu contohnya batas agama, batas keperibadian orang lain dan sebagainya...

Dah lah tu, aku rasa cukuplah setakat ini aku mencetuskan atau mecungkil sedikit hasil fikiran aku yang tak seberapa nie. Apa2 hal pun aku harap korang sentiasa dapat meng'create' idea asli korang sebab manusia dari zaman tok naduk lagi dah membuktikan yang manusia yang berfikir akan terus maju dan berdaya saing untuk masa depan.

THINKS 4 UR NATION......MALAYSIA....

DA LUVING COUNTRY...






3 comments:

DarkArtz said...

YESSSS..........
akhirnya seorang lagi kawan aku mempunyai blog........
sang pemikir.........
ohhh, kau betul2 layak 'berjalan' di hadapan aku..........
huhuhu........

GHAZ said...

MESEJ DARI MODERATOR:
Yes!!! Trimas my frenz...
I'm glad ur support...
Bangga dpt frenz cm ko...

chanz said...

cayalah!