Wednesday, August 5, 2009

...Selsema Babi = toPenG Muka...

Salam Bebas dari Selsema Babi,

Pada saat artikel ni ditulis maka sudah 2 bulan lebih kes penularan Wabak H1N1 atau popular digelar `Pig Flu’( selsema babi daa…) di Malaysia sejak di kesan pada 15 Mei 2009. Kes pertama adalah seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika telah di’konfem’positif mengidap wabak ini. Itu adalah kes pertama kat Malaysia tanah air kita yang terCinta.

Dah beberapa bulan ,kini kes pertama dekat aku punya tempat pengajian (Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan) dah disahkan positif. Sebenarnya ada 2 kes tetapi yang sorang lagi tu hanya disyaki sahaja. Ntah la, mintak-mintak jangan lah dia digolongkan dalam kategori positif. Pertama kali aku mendapat berita ini adalah dari salah seorang member tak berapa kamcing kat kampus aku. Salah seorang budak Medic Tahun 5 atau final year( kitaorang gelar dia Ishe Jahat sebab die jahat sangat( nakal sangat)…hanya panggilan sahaja…).

Itu berlaku pada hari sebelumnya dan pada keesokan harinya aku berjalan seperti tak biasa untuk ke kelas pada pukul 12 tengahari. Dan apabila melalui lorong – lorong bangunan pusat pengajian aku, hati aku menggelabah ‘ayam’ melihat beberapa kelompok manusia yang memakai topeng muka dan mulut. Aku terfikir tentang berita yang Ishe cerita kepada aku semalam dan hari nie aku nampak aktiviti yang dilakukan oleh golongan manusia nie untuk mencegah wabak nie dari menjangkiti diorang. Fikiran aku membayangkan yang persekitaran aku telah tercemar oleh wabak selsema babi nie. (~Alamak, kena bersihkan diri nie. Najisss!!!~~ Bleh buat lawak lagi time nie, Iman!!~).

Aku pun berjalan dengan cuak ke bilik tutorial aku dan cuak aku terhakis sedikit apabila melihat rakan – rakan aku yang berada dalam kelas pun seperti aku tak memakai topeng muka dan mulut yang telah disarankan oleh pihak Kesihatan Malaysia dalam mengangani gejala wabak ini. Tapi perasaan gelabah tadi masih belum reda dalam hati aku kerana aku dicetuskan untuk terfikir yang Allah SWT telah menciptakan perasaan takut kepada manusia ke atas beberapa perkara antaranya takut akan kekurangan makanan, penyakit dan lain-lain yang aku sudah lupa (Ini aku ingat sebab aku pernah belajar dalam Pendidikan Islam waktu aku sekolah dulu)

Allah dah tunjukkan kekuasaan dan ujian kepada makhluk lemah macam kita nie dengan penyakit yang aku fikir aku tak boleh nak fikir wabak apa lagi yang Allah nak uji terhadap umat nie. Harap – harap semua manusia yang beriman dengan Allah dan rasulNya dapat menghadapi dengan tabah dan redha. Aku pun lemah jugak, yang mana kuat tuu ‘helping2’ lah ckit bro…

Untuk pengetahuan serba sedikit tentang Selsema Babi nie korang buleh la pergi link yang aku sediakan kat bawah:

· Influenza A (H1N1)

Sekian, jumpa lagi.



3 comments:

DarkArtz said...

ok sang pemikir.........
aku nak kau berfikir sedikit.........
walaupun wabak H1N1 bahaya, namun masih ramai yang malas nak pakai topeng........
apa fikiran kau???
dan apa penyelesaiannya??

irra said...

salam,irra tak terlibat dengan sport injury,tapi ade la belajar sikit~

chanz said...

sepatutnya yang ada simptom sahaja kena pakai topeng.